Tuesday, June 26, 2012
Wednesday, June 20, 2012
Thursday, May 10, 2012
Melangkah biar ke hadapan bukan ke belakang
Assalamualaikum Wbt. dan selamat sejahtera. Alhamdulillah setelah sekian lama, baru kini dapat menjengah dan membuat penambahbaikan terhadap blog ini. Dengan adanya pimpinan-pimpinan baru yang terdiri daripada kalangan muslimin dan muslimat yang hebat-hebat maka lujnah ini akan tetap terus bergerak dan terus melaksanakan tugas serta amanah yang diberi disamping berjihad ke jalan Allah. Lujnah 3P berharap agar blog ini akan senantiasa menjadi wadah kepada kita semua untuk terus menimba ilmu disamping berkongsi pengalaman. Insyaallah blog ini akan sentiasa bersinar dengan pelbagai informasi untuk menjadi tatapan kita semua.
60 Minit bersama Timbalan Mufti Perak
Pada 10 Mei 2012 Biro Kerohanian dan Moral akan menganjurkan Program 60
Minit bersama Timbalan Mufti bertempat di puast Islam Al-Hidayah. IPG
Kampus Ipoh. Maklumat adalah seperti berikut.
Tuesday, August 23, 2011
Wednesday, July 27, 2011
Semarak Ramadhan
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Ihya' Ramadhan 1432 Hijrah
Abu Hurairah menyatakan: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan"
(hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)
Subscribe to:
Posts (Atom)
LUJNAH 3P
Lujnah Penerangan, Penerbitan & Publisiti IPG Kampus Ipoh